-
Soalan & Jawapan
-
Masih ada persoalan?
Pengetahuan Am
01. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh TQHM Training & Consultancy?
TQHM Training & Consultancy menawarkan perkhidmatan Motivasi Sentuhan Rohani yang berbeza daripada perkhidmatan motivasi yang lain. Pihak kami menekankan aspek rohaniah dalam membentuk peribadi mulia para pelajar yang bermasalah dan membentuk jatidiri para pelajar & pekerja.
02. Kaedah penyampaian yang dijalankan?
Pihak kami telah menghasilkan beberapa rakaman video yang telah dimuat turun di dalam youtube. Anda juga boleh melihat video berkenaan di laman web kami di bahagian koleksi video atau menghubungi pihak kami secara terus untuk makluman lebih lanjut.
03. Tempahan program/kem motivasi
Pihak tuan/puan boleh menghubungi kami secara terus di talian ataupun email, tqhmc@tqhmconsultant.com untuk tempahan tarikh/masa program berkenaan. Untuk program/kem di luar kawasan Negeri Terengganu, anda perlu menjelaskan deposit sebanyak 20% terlebih dahulu daripada harga pakej bagi tempahan tarikh/masa.
04. Adakah tempahan boleh dibatalkan ?
Tempahan anda boleh dibatalkan selagi anda belum membuat bayaran. Pembatalan selepas anda membuat bayaran tidak dibenarkan KECUALI atas pertimbangan dan budi bicara syarikat.
05. Keberkesanan program yang dijalankan?
Alhamdulillah, daripada tinjauan yang pihak kami lakukan, 98% keberkesanan program kami dalam kalangan peserta. Kami mendapat respon yang baik daripada sekolah-sekolah mahupun mana-mana pihak kerajaan/swasta yang telah mendapatkan khidmat Program Motivasi Sentuhan Rohani kami.